Saturday, April 10, 2010

Sejarah Penubuhan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad (KOPEN)


Koperasi merupakan satu wadah yang disediakan oleh pihak Kerajaan bagi beberapa orang yang mempunyai aktiviti yang serupa digabungkan dalam satu kesatuan bagi mandapatkan feadah bersama. Ahli koperasi mempunyai masa depan yang cerah untuk maju dan berkembang disebabkan perlaksanaannya dilakukan secara berjemaah dan dijanjikan berbagai bantuan bimbingan dan kewangan daripada pihak berkuasa.

Walaupun penternak beragama Islam di daerah Batu Pahat ramai bilangannya tetapi mereka tidak mempunyai satu wadah untuk mereka bergerak dengan lebih baik dan mempunyai rangkaian bagi pelbagai manfaat. Hasil daripada perbincangan yang diadakan oleh penternak bersempena Program Perkhemahan Bersama Penternak Daerah Batu Pahat pada 24-25 Jun 2006 bertempat di Hutan Lipur Bantang, Bekok, Segamat, Johor mencadangkan satu koperasi perlu ditubuhkan bagi menyatukan gerak kerja dian
tara penternak muslim disamping berkongsi faedah.

Cadangan penubuhan koperasi yang dikaitkan dengan penternak muslim mendapat sokongan daripada berbagai agensi, kakitangan awam, golongan profesional dan masyarakat Islam.


Tujuan Penubuhan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad (KOPEN)
  • Menyatukan penternak muslim dalam satu wadah bagi berkerjasama untuk memberikan kebajikan kepada ahli dan pengguna.
  • Membekalkan keperluan asas kepada penternak dan menyediakan perkhidmatan bagi tujuan ternakan serta aktiviti yang berkaitan dengannya.
  • Menjalankan projek ternakan bertujuan menyediakan permintaan lembu dan kambing untuk dijadikan korban dan aqiqah.
  • Menjalankan projek ternakan bertujuan menyediakan permintaan lembu dan kambing bagi memenuhi permintaan daging segar.
  • Mengeluarkan produk ternakan atas satu jenama yang terjamin kualitinya.
  • Mengusahakan produk halal / suci berasaskan ternakan.

No comments: