Saturday, April 10, 2010

Majlis Perjumpaan Bersama



Majlis Perjumpaan Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat dan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Banang, Pejabat Kesihatan Daerah
Batu Pahat


Agenda Majlis :

  1. Penerangan oleh Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat, Dr. Siti Norkhadijah binti Mohd. Yunus
  2. Penerangan tentang status keahlian dan caruman ahli
  3. Penerangan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad
  4. Cadangan projek Khas Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad
  5. Pelancaran blog Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad

Semua Anggota Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis perjumpaan ini.

Penyembelihan Binatang Ternakan dalam Islam

PENDAHULUAN

Makanan dan minuman yang halal, berkhasiat dan bersih sudah tentu menjadi pilihan kepada semua umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Islam amat menekankan kepada penganutnya supaya menjaga semua aspek kehidupan tambahan pula aspek makanan yang akan menjadi darah daging seterunya akan mempengaruhi ketururnan kita pada masa akan datang.

Allah s.w.t. berfiman yang bermaksud:
“Wahai manusia, makanlah apa-apa yang berada di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesunggunhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagimu. ”(al-Baqarah: Ayat 168)

“Wahai orang-orang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya pada-Nya kamu menyembah." (al-Baqarah: Ayat 172)

Daripada kedua-dua ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t. menuntut agar kita memakan makanan yang halal, baik, berkhasiat, bersih dan dari rezeki atau sumber yang baik. Perbincangan mengenai permakanan dalam Islam tidak akan sempurna jika tidak menyentuh soal penyembelihan binatang termasuk binatang ternakan dalam Islam. Penulisan di bawah akan cuba menghuraikan sebuah hadith berkenaan penyembelihan binatang menurut Islam, hikmah di sebalik penyembelihan menurut islam, penyembelihan yang saintifik dan isu ‘stunning’.

HADITH

Sumber hadith adalah daripada Sahih Muslim dalam Kitab Korban. Bab Harus Menyembelih dengan Apa Sahaja yang Boleh Menumpahkan Darah Kecuali Gigi, Kuku dan Tulang Tulang. Nombor hadith dalam Maktabah Shamilah (3638).

‏ ‏عَنْ ‏ ‏رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ ‏ ‏قُلْت :يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَاقُو الْعَدُوِّ غَدًا وَلَيْسَتْ مَعَنَا ‏ ‏مُدًى ‏ ‏قَالَ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَعْجِلْ أَوْ أَرْنِي مَا ‏ ‏أَنْهَرَ الدَّمَ ‏ ‏وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ فَكُلْ لَيْسَ السِّنَّ وَالظُّفُرَ وَسَأُحَدِّثُكَ أَمَّا السِّنُّ فَعَظْمٌ وَأَمَّا الظُّفُرُ ‏ ‏فَمُدَى ‏ ‏الْحَبَشَةِ ‏ ‏قَالَ وَأَصَبْنَا ‏ ‏نَهْبَ ‏ ‏إِبِلٍ وَغَنَمٍ ‏ ‏فَنَدَّ مِنْهَا ‏ ‏بَعِيرٌ فَرَمَاهُ رَجُلٌ بِسَهْمٍ فَحَبَسَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنَّ لِهَذِهِ الْإِبِلِ ‏ ‏أَوَابِدَ ‏ ‏كَأَوَابِدِ ‏ ‏الْوَحْشِ فَإِذَا غَلَبَكُمْ مِنْهَا شَيْءٌ فَاصْنَعُوا بِهِ هَكَذَا


Maksudnya:
Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Rasulullah s.a.w bersabda: Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan darah dengan menyebut nama Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut bukan gigi dan kuku. Aku akan nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah iaitu Ethiopia. Rafi' berkata: Kemudian kami mendapatkan rampasan perang berupa unta dan kambing. Ada seekor unta cuba melarikan diri. Seseorang melepaskan panah ke arahnya dan lalu ia ditangkap. Rasulullah s.a.w bersabda: Memang unta itu ada yang liar seperti binatang liar lain. Apabila kamu mengalami keadaan demikian bertindaklah seperti tadi.

FIQH AL-HADITH

Daripada hadith ini, Rasulullah s.a.w. ingin menyampaikan kepada kita beberapa perkara berkaitan penyembelihan yang mana ia merupakan perkara penting dalam menentukan sesuatu makanan itu halal atau haram dimakan.

Perintah suruhan menyembelih ternakan untuk dimakan termaktub dalam al-Quran yang mafhum-Nya:

“Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya. Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas mu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya..”.
(al-An’aam: Ayat 118 dan119).

Dalam Bahasa Arab penyembelihan bererti pembersihan, iaitu pembersihan dari sebarang kekotoran dan najis iaitu melukakan bahagian-bahagian tertentu pada leher binatang oleh orang-orang tertentu dengan alat-alat yang tertentu. Penyembelihan mengikut hukum syarak bermaksud menyembelih binatang yang mampu dikuasai dengan memutuskan urat halkum, urat merikh dan dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang (saluran makan dan minuman) .

Seterusnya dalam hadith tersebut dinyatakan bahawa alat yang digunakan dalam melakukan sembelihan mestilah alat yang tajam bukannya dari gigi dan kuku. Hal ini kerana jika menyembelih menggunakan gigi dan kuku ia akan menyiksa binatang . Allah s.w.t. tidak menyukai sesiapa yang berbuat zalim kepada makhluknya sama ada dikalangan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana setiap makhluk Allah s.w.t. di akhirat kelak akan menuntut haknya kembali.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi , rahsia dalam penyembelihan adalah mencabut nyawa binatang dengan seringkas-ringkas cara yang dapat merehatkannya tanpa sebarang penyeksaan. Hal ini bertepatan dengan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:

“Sesunggunhnya Allah menyuruh berbuat baik terhadap sesuatu. Maka jika kamu membunuh, perbaikilah cara pembunuhanmu dan jika kamu menyembelih, perbaikilah cara penyembelihanmu. Hendaklah seseorang kamu menajamkan pisaunya dan merehatkan binatang sembelihannya." (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam aspek penyembelihan, binatang yang ingin disembelih mestilah ketika menyembelihnya disebut nama Allah s.w.t. dan penyembelihannya hanya kerana Allah bukan untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh sembelihan atas nama jin untuk tujuan perubatan. Maka haram hukumnya memakan makanan yang disembelih bukan kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-An’am, ayat 121.

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan”.(al-An’am: Ayat 121)

Akhir sekali, binatang yang disembelih mestilah hingga dapat mengalir darahnya iaitu penyembelihan itu harus dilakukan di leher (kematian binatang tersebut diakibatkan terputusnya urat nadi atau kerongkong). Maka jelaslah di sini bahawa binatang tersebut akan menjadi haram dimakan apabila ia mati ditimpa benda berat, baik berupa logam atau bukan atau lain-lain cara walaupun cara tersebut mengeluarkan darah dan memutuskan kepala .

HIKMAH DISEBALIK PENYEMBELIHAN DALAM ISLAM

Hikmah disebalik cara penyembelihan dalam Islam boleh dilihat dari beberapa aspek iaitu hikmah menyebut nama Allah s.w.t. adalah untuk menentang amalan yang biasa dilakukan oleh penyembah berhala dimana mereka akan menyebut nama-nama tuhan mereka ketika menyembelih. Jika orang kafir menyebut nama tuhannya ketika menyembelih, mengapa orang mukmin tidak menyebut nama Allah s.w.t. ketika menyembelih?

Selain itu, dengan menyembelih menggunakan cara Islam, kita akan memperoleh daging yang sihat dan segar kerana binatang yang disembelih dengan betul akan terpancut keluar darah binatang tersebut seterusnya darah tersebut tidak akan bercampur dengan daging. Dari sudut kesihatan, daging yang bercampur dengan darah akan membahayakan kesihatan serta daging tersebut mudah rosak, cepat busuk dan tidak segar. Darah yang mengalir keluar tidak berbau busuk berbanding dengan darah yang keluar (beku), dengan ini daging dapat disimpan dengan lebih lama & bermutu.

Seperti sedia maklum bahawa binatang disembelih di leher bukannya di kepala, di kaki, di tangan atau sebagainya. Hal ini kerana sembelihan yang dilakukan di leher akan mempercepatkan proses kematian binatang tersebut.Seterusnya binatang yang disembelih dengan cara yang baik akan merasa tenang dan di akhirat kelak binatang tersebut tidak akan menuntut balas atau haknya. Akhir sekali penyembelihan yang betul mengikut cara yang diperintah oleh Allah s.w.t. adalah merupakan bukti ketaatan dan kesyukuran seseorang hamba kepada pencipta-Nya serta merupakan salah satu ibadah yang dituntut.

PENYEMBELIHAN YANG SAINTIFIK

Penyembelihan yang saintifik bermaksud cara atau kaedah yang digunakan untuk menyembelih binatang mengikut prinsip-pronsip atau prosedur yang sewajarnya iaitu secara sistematik, teratur dan tidak meninggalkan kesan yang negatif. Timbul persoalan di sini yang manakah cara atau kaedah penyembelihan yang saintifik sama ada kaedah sembelihan secara Islam atau selain Islam atau stunning.

Sembelihan dalam Islam perlu dilakukan dengan memutuskan saluran penafasan atau trachea, saluran penghadaman atau oesophagus di samping pembuluh darah (carotdi arteries) dan saluran darah (jugular veins) di bahagian kiri dan kanan binatang yang disembelih tetapi tidak boleh memotong saraf tunjang yang terletak di belakang leher binatang tersebut .

Daripada prosedur sembelihan dalam Islam ini, banyak pakar-pakar perubatan sama ada pakar perubatan Islam atau Barat mengakui dan bersetuju mengatakan cara sembelihan Islam adalah saintifik. Mereka telah melaksanakan kajian demi kajian untuk membuktikkan sembelihan Islam adalah saintifik.

Menurut Dr. Abdul Majid Katme , beliau menegaskan bahawa penyembelihan yang dilakukan oleh umat Islam adalah sainstifik dan beliau menegaskan bahawa Lord Horder, Dr.Leonard Hill (1923), Sir Lovatt, Prof. Harold Burrow, Prof. F. Bell, I. M. Levingen (1979) dan ramai lagi bersetuju dengan pendapat ini.

Seterusnya menurut Lord Horder GCVO, MD, FRCP pula, “Cara sembelihan ini (Islam) tidak menyakitkan di samping menyebabkan kematian yang cepat dalam masa hanya beberapa saat sembelihan. Pada peringkat awal, sembelihan berada dalam keadaan diam dan tidak bergerak, kemudian ia menggelupur sebelum menjadi diam dan tidak bergerak semula. Hal ini disebabkan urat darah (dilehernya) sudah putus dan ini menyebabkan tekanan darah menurun secara mengejut. Haiwan menggelupur selepas lebih kurang 90 saat sembelihan dilakukan disebabkan otak telah kehilangan oksigen serta darah yang banyak (cerebral ischemia with complete anoxaemia)”

Selain itu, Prof. Charles Lovett Evans, F.R.C.V.S mengatakan bahawa, “Sesiapa yang melihat cara sembelihan ini (cara Islam) menyedari haiwan yang disembelihan tidak bergerak semasa urat darah (di leher) dipotong. Haiwan itu hanya menggelupur selepas seminit masa berlalu & hal ini disebabkan semasa itu otak sudah kehilangan darah. Dari sudut Ilmu Fisiologi, apabila urat darah dipotong terutamanya arteri karotid, tekanan darah ke otak telah terputus sama sekali & ini menyebabkan haiwan ini terus tidak sedarkan diri. Pendapat yang mengatakan bahawa haiwan ini menderita sakit semasa sembelihan dilakukan saya rasa tidak masuk akal ”.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Wilhelm Schulze dan Dr. Hazim mengenai perubahan-perubahan yang dilakukan kepada otak dan jantung haiwan diukur dengan menggunakan mesin EEG (electroncephalogram) & ECG (electrocardiogram). Mereka dapati dalam masa 3 saat yang pertama, EEG menunjukkan otak binatang yang disembelih berada dalam keadaan tidur nyenyak (deep sleep). Selepas 6 saat berlaku aktiviti EEG menjadi (zero level). Ia bermaksud haiwan yang disembelih tidak merasai sebarang kesakitan. Jantung haiwan masih terus berdenyut mengempan darah sekali gus mengeluarkan saki baki darah yang masih berada dalam badan haiwan. Keadaan ini menyebabkan daging haiwan yang disembelih secara Islam menjadi lebih segar dan tidak memudaratkan .

Selain itu, menurut pandangan Dr Aisha El-Wady , “Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah (penyembelihan Islam) ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma” .

Daripada keterangan-keterangan dan kajian-kajian daripada pakar-pakar perubatan, jelaslah bahawa kaedah penyembelihan Islam adalah saintifik. Hal ini tidak dapat disangkal lagi dan terbuktilah cara sembelihan Islam ini tidak kejam malah memudahkan proses kematian binatang tersebut. Di sini juga jelas kepada kita bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. serta kebaikan cara penyembelihan Islam. Selepas ini penulisan ini akan membicarakan tentang isu stunning serta cara penyembelihan selain daripada cara penyembelihan Islam.

ISU STUNNING

Umumnya masyarakat Barat menyatakan bahawa cara penyembelihan Islam adalah kejam. Mereka menggunakan kaedah stunning iaitu haiwan yang disembelih akan melalui prosedur yang menyebabkan ia pengsan terlebih dahulu supaya ia tidak berasa sakit semasa penyembelihan berlaku . Malahan di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Terdapat tiga jenis stunning iaitu Stunning Elektrik, Stunning Mekanikal, Stunning Angin (Pneumatic) atau Captive Bolt Pistol Stunning (CBP). CBP merupakan cara sembelihan yang popular di Barat. Di Malaysia terdapat tiga proses pelalian (stunning) yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu pelalian elektrik terutama untuk lembu, pelalian air untuk ayam dan pelalian angin untuk lembu dan kambing, hal ini bertujuan memudahkan proses penyembelihan serta melalikan binatang sebelum penyembelihan. Setiap jenis stunning tersebut telah ditentukan kadar voltan arus elektriknya iaitu cara Cattle untuk lembu, kerbau dan seumpamanya ialah 550 v, cara Poultry untuk ayam, itik dan seumpamanya ialah 40 v.dan untuk biri-biri dan kambing (sheep and goats) ialah 90 v . Keputusan fatwa mengenai penggunaan pelalian 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam adalah harus .

Sebagai contoh dalam penyembelihan ayam di KFC, Ayam sebelum disembelih dilalukan pada satu tempat yakni ada satu tangki dan di dalam tangki itu ada air, ayam akan melaluinya di antara 1 atau 4 saat. Dalam air itu ada aliran elektrik yang dikawal. Jika kita hendak memastikan samada ayam itu mati kerana sembelihan atau kerana dikarankan (35 volt) ialah dengan melihat keadaan ayam itu mengelupur setelah disembelih. Jika setelah disembelih ia menggelupur semakin kuat dan berbunyi sakit, maka ketika itu ia dikira mati kerana sembelihan. Tetapi sekiranya setelah disembelih dan kesan daripada sembelihan tidak ada, tidak bergerak macam biasa malah makin perlahan mengelupurnya, maka kematiannya itu dikira kerana karan maka haramlah dimakan.

Manakala untuk kaedah kejutan pneumatic terdapat dua jenis bola besi (peluru) yang digunakan iaitu peluru yang boleh merosakkan bahagian utama otak dan yang boleh memberi gegaran kuat kepada otak. Dalam kaedeah ini haiwan ditembak bola besi ke otak diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi. Hal ini menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Melalui proses stunning, haiwan dikenakan renjatan elektrik bagi melemahkan sistem saraf sebelum memasuki proses sembelihan. Menurut pakar perubatan hasil daripada kajian yang dilakukan, mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Justeru jelaslah kepada kita bahawa kaedah penyembelihan secara stunning mendatangkan kemudaratan (kesakitan yang amat sangat) kepada binatang dan juga kesihatan manusia dimana daging daripada sembelihan menggunakan kaedah stunning ini didapati tidak segar, tidak selamat dan ada yang bercampur dengan darah (beku) akibat daripada darah yang tidak mengalir ketika proses stunning dilakukan.

KESIMPULAN

Umat manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya makanan yang halal, di mana makanan tersebut akan menjadi darah daging dan cara berimannya seseorang. Dalam ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Hal ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Apabila membicarakan isu halal dan haram, masyarakat umumnya hanya melihat daging babi yang haram dimakan sedangkan masyarakat perlu jelas mengenai cara penyembelihan yang halal, cara pemprosesan, sumber makanan haiwan yang diternak dan sebagainya. Hal ini kerana makanan daripada sumber yang halal akan memelihara hati seterusnya membentuk peribadi dan akhlak yang mulia manakala makanan tidak halal yang masuk ke dalam perut seorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi dan tingkah lakunya.

Selain itu, makanan yang haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah s.w.t. kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah s.w.t. ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci. Oleh itu, setiap pengguna Muslim perlulah mempunyai tahap kesedaran, kefahaman dan keprihatinan yang lebih tinggi dalam soal pemilihan makanan dan minuman yang halal.

Justeru itu, setiap Muslim berkewajipan memastikan makanan yang diambil memenuhi kehendak syarak agar mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Pemakanan yang sempurna dan halal mengikut kehendak syarak membawa kepada keutuhan iman dan kegemilangan sesebuah bangsa dan negara.

Akhir sekali, dapat disimpulkan disini bahawa kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik kerana lebih berperikemanusiaan serta memberi kebaikan kepada haiwan itu sendiri dan juga memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Kesan kebaikannya adalah berbentuk jangka panjang dan juga jangka pendek yang merangkumi aspek-aspek yang lain seperti kesihatan, kebersihan, sosial, sikap dan tingkah laku. Oleh itu, penulis berpendapat isu menggunakan stunning dalam penyembelihan di Malaysia perlu dikaji semula (semakan semula) dengan teliti, adil dan betul demi kebaikan dan kemaslahatan semua pihak.

Wallahu A’lam...

Petikan dari http://drishak69.blogspot.com/2008/09/penyembelihan-binatang-ternakan-dalam.html

Keahlian

Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad telah mempunyai 142 orang anggota. Ahli-ahli Lembaga Koperasi mengalu-alukan sesiapa yang berminat menjadi anggota koperasi untuk mendaftar bagi menambahkan lagi bilangan anggota koperasi sedia ada. Berikut adalah maklumat-maklumat pendaftaran.

Syarat-syarat menjadi anggota:

  • Beragama Islam
  • Umur 18 tahun keatas.
  • Penternak.
  • Terlibat dengan hasil ternakan.
  • Pengusaha yang terlibat dalam industri hiliran berasaskan ternakan.
  • Berasal dari / menetap di Daerah Batu Pahat dan terlibat dengan pembangunan industri ternakan.

Dokumen & Bayaran Yang Perlu Disertakan:
  1. Borang Pendaftaran Anggota
  2. Satu Salinan Kad Pengenalan
  3. Fi (yuran) RM30.00

Ahli Lembaga Koperasi Sesi 2011/2012

Pengerusi :

Dr. Zulkifli bin Mohd. Shah


Setiausaha :

En. Shahizam bin Abu Bakar

017-7216821


Bendahari :

Dr. Faizul Amri bin Adnan

017-7232063


Ahli Lembaga Koperasi :

Tn. Hj. Md. Jasman bin Sardi

013-7282728


En. Sabaruddin bin Isnin

019-7122112

En. Mohd. Kamal bin Adam

019-7323911

En. Zamri bin Abdul Aziz

019-7475117

En. Halim bin Md. Diah

019-7567320

En. Nasir bin Saat

017-7295956

En. Anuar bin Mustafha

016-7258789

En. Jalil Bin Sanip

019-6676878

En. Musa bin Khalid

012-7143256

Sejarah Penubuhan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad (KOPEN)


Koperasi merupakan satu wadah yang disediakan oleh pihak Kerajaan bagi beberapa orang yang mempunyai aktiviti yang serupa digabungkan dalam satu kesatuan bagi mandapatkan feadah bersama. Ahli koperasi mempunyai masa depan yang cerah untuk maju dan berkembang disebabkan perlaksanaannya dilakukan secara berjemaah dan dijanjikan berbagai bantuan bimbingan dan kewangan daripada pihak berkuasa.

Walaupun penternak beragama Islam di daerah Batu Pahat ramai bilangannya tetapi mereka tidak mempunyai satu wadah untuk mereka bergerak dengan lebih baik dan mempunyai rangkaian bagi pelbagai manfaat. Hasil daripada perbincangan yang diadakan oleh penternak bersempena Program Perkhemahan Bersama Penternak Daerah Batu Pahat pada 24-25 Jun 2006 bertempat di Hutan Lipur Bantang, Bekok, Segamat, Johor mencadangkan satu koperasi perlu ditubuhkan bagi menyatukan gerak kerja dian
tara penternak muslim disamping berkongsi faedah.

Cadangan penubuhan koperasi yang dikaitkan dengan penternak muslim mendapat sokongan daripada berbagai agensi, kakitangan awam, golongan profesional dan masyarakat Islam.


Tujuan Penubuhan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat Berhad (KOPEN)
  • Menyatukan penternak muslim dalam satu wadah bagi berkerjasama untuk memberikan kebajikan kepada ahli dan pengguna.
  • Membekalkan keperluan asas kepada penternak dan menyediakan perkhidmatan bagi tujuan ternakan serta aktiviti yang berkaitan dengannya.
  • Menjalankan projek ternakan bertujuan menyediakan permintaan lembu dan kambing untuk dijadikan korban dan aqiqah.
  • Menjalankan projek ternakan bertujuan menyediakan permintaan lembu dan kambing bagi memenuhi permintaan daging segar.
  • Mengeluarkan produk ternakan atas satu jenama yang terjamin kualitinya.
  • Mengusahakan produk halal / suci berasaskan ternakan.