Thursday, November 21, 2013

Program Sumbangan Kambing Untuk Majlis Sambutan MaulidurRasul 1436

Assalam.......
Bersempena Bulan Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah S.A.W bakal tiba... Pihak KOPEN melancarkan kutipan sumbangan seekor kambing untuk Sambutan MaulidurRasul bagi Masjid/Surau/Sekolah sekitar Batu Pahat. Nilai yang dikutip adalah RM800 bagi seekor kambing. 


Untuk keterangan lanjut boleh PM atau hubungi En. Yakob 0177243226/0124441308/074300497..

Saturday, October 5, 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-7 2013-2014

Tarikh: 
10 November 2013
Hari:
 AHAD

Tempat: 
DEWAN WISMA PERTUBUHAN
 ANAK YATIM BATU PAHAT
Dirasmikan Oleh: 
PENOLONG PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 
WILAYAH BATU PAHAT

Thursday, August 29, 2013

EnAk lagi DeLicioUs

Bismillahirrahmanirrahim....

Time makan tengah hari ni, syok juga cite pasal menu makanan..
Sejak akhir-akhir ini, menu favorite orang sekeliling saya ialah makan burung puyuh. apa-apa yang dari burung puyuh yang comel kecik tu ada manfaat juga.

  comel kan.. 
saya ni banyak khasiatnya..

Lihat badannya yang kecik ni macam tak sangka boleh dimakan dan rasanya enak sekali.
Buat penggemar makanan yang kurang daging dan gemar meratah tulang, sesuai lah dia makan burung puyuh ini. Cuba google tentang khasiat burung puyuh, macam-macam maklumat ada. 
Telur puyuh ni, biasa la juga saya makan.. biasa budak-budak kecik suka makan. 
Jangan makan banyak-banyak eh, tinggi kolestrol telur puyuh ni kalau nak compare dengan daging dia yang rendah kolestrol.

Yummy!! nampak macam sedap kan??
Senang je pun nak makan burung puyuh ni. sama je macam makan ayam..
buat nasi kukus burung puyuh berempah.. wowwww!! lagi-lagi time banyak jamuan raya ni. dapat hidangan macam ni mesti tak ingat lain la..

Jom la pakat-pakat beli burung puyuh, senang je nak dapat. KOPEN ada sediakan..




MARI MENCUBA!!!





Friday, August 16, 2013

Kursus Sembelihan Halal

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, selesai sudah buat kertas kerja untuk kursus sembelihan ini.
Untuk sesiapa yang berminat bolehlah contact kami..

Kursus kali ini lain macam sikit, selalu kursus macam ini hanya gunakan ayam atau arnab sebagai demo. Tetapi kami inginkan kelainan, kami akan sediakan lembu dan beberapa kambing untuk dijadikan demo. Pejabat Agama pun turut menyokong usaha kami ini. Harap-harap semua berjalan lancar. Yang best ni, kursus sembelih ini dalam bentuk kumpulan. So, kita dapat berkongsi sama-sama pengalaman rakan-rakan lain. Penceramah yang akan bagi ceramah pun adalah dari mereka yang berpengalaman tentang hal-hal sembelihan ini. Kami ada penceramah dari Pejabat Agama Johor dan Jabatan Vaterinar. Mesti diorang ada banyak benda yang boleh share dengan kita nanti.

Ok, hurm.... masa pantas berlalu tanpa disedari makin hampir dengan tarikh kursus ini akan diadakan. InsyaAllah, jika tiada masalah kursus ini akan kami adakan pada hujung bulan September ini.

Kami sangat excited untuk melaksanakan kursus ini, maklumlah, ini first time kami menganjurkan kursus seperti ini. Lagipun kami lihat, ramai lagi tidak tahu tentang hukum menyembelih yang benar-benar halal. Jadi, kami terpanggil untuk membantu masyarakat berkaitan hal ini.

Untuk pertama kali penganjuran ini, kami menyasarkan penyertaan dari pengusaha ternakan dan Ahli Qariah surau dan masjid. Bukan apa, mula-mula kita beri pendedahan kepada mereka sebab mereka seringkali terlibat dengan sembelihan qurban. Jadi penting untuk mereka mengetahui tentang cara sembelihan yang halal walaupun kebanyakan mereka telah mengetahuinya tetapi mungkin belum tahu dengan lebih detail.

Diharap cita-cita kami untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dapat dilaksanakan.
Cukuplah entri kali ini. Saja suka-suka nak share tentang aktiviti kami.. Any idea penambahbaikan bolehlah share sekali ya..

 

Monday, July 29, 2013

FaCeBoOk

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kini kami juga berada di laman sosial facebook. Jemput like kami punya facebook ya..
Mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan KOPEN..
Pelbagai informasi terkini tentang KOPEN akan sentiasa diupdate. InsyaAllah..

Monday, June 24, 2013

Ayuh Siap Sedia

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur lagi hari ini..
Tahukah anda??
Mari saya kongsikan bersama-sama, "sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa."


Kita telah pun berjaya melepasi bulan Rejab dan separuh bulan Syaaban, Mudah-mudahan kita berkesempatan bertemu bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari saja lg. 

Ayuh sahabat,kita mula berlumba membuat kebaikan, tiada yang rugi malah kita bakal peroleh manfaatnya jika tidak di dunia, pasti di akhirat.. tapi perlulah kita ingat, ikhlaskan diri dalam melakukan kebaikan pasti akan terasa manisnya beriman..

Didiklah nafsu kita mulai detik ini, agar dapat dikawal bila ramadhan menjelma nanti.. Hidup dalam kesederhanaan pasti beroleh kebahagiaan. 

Teringat pula saya akan lagu Snada,"jagalah Hati".. 
Bila dihayati liriknya, pasti boleh dijadikan panduan hidup kita seharian.

Setelah berjaya mendidik nafsu, berjinak lah pula dengan Ayat-Ayat Alquran dengan rajin membacanya dan hayati maknanya.

Seronok kan hidup dalam suasana Islam yang penuh Indah ini..
Akhir kata, jika nak berbuat kebaikan janganlah hanya untuk kepentingan sendiri shaja, jom bersama-sama mengajak orang sekeliling anda.. Usah difikir pandangan orang terhadap kita, fikirkan pandangan Allah terhadap kita. Namun begitu,jagalah hubungan kita dengan manusia,dan dengan Allah.






Tuesday, June 11, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim...

         Setelah sekian lama KOPEN menyepi, kini kembali bergiat aktif! yeah!!! Kembali kepada tujuan penubuhan koperasi ini, kami tanpa kenal erti putus asa tetap berjuang mempertahankan KOPEN ini demi kepentingan semua ahli dan anda sebagai pelanggan. Kini, terdapat pelbagai produk yang dapat kami boleh bekalkan untuk anda dan sedia membantu anda yang sedang tercari-cari di mana untuk mendapatkan produk buatan muslim. InsyaAllah, KOPEN ada apa yang anda perlukan.

          Lokasi kami yang terletak di bandar Batu Pahat bukan menjadi penghalang untuk menerima tempahan daripada anda yang berada diluar daerah Batu Pahat. Kami juga boleh memberi khidmat kepada pelanggan yang berada di luar kawasan Batu Pahat. (so, janganlah segan silu untuk mencuba, hehehe..) 

          Kami lebih mengutamakan produk yang berkaitan makanan hasil dari haiwan ternakan yang sekaligus sesuai dengan nama kami KOPERASI PENTERNAK MUSLIM BATU PAHAT BERHAD (nama ringkas KOPEN). Hasil usaha kami membangunkan KOPEN ini amat diharapkan agar membuahkan hasil yang baik. Kerjasama dari anda amat kami alu-alukan. Bersama kita memajukan perniagaan muslim disamping mengeratkan lagi silaturrahim dan menjaga hubungan sesama muslim.

Akhir kata, oppsss tiba-tiba saya teringat lagu Hijau dari Zainal Abidin... 
Jom layan,lalalalala~ ~ ~


 

Thursday, May 30, 2013

Kepentingan Mencari yang Halal

Bismillahirrahmanirrahim....

Allah swt. telah memberi petunjuk kepada kita agar memakan makanan yang halal dan baik. Kata halal dan baik berkaitan erat dengan kesehatan manusia, karena bisa saja makanan itu halal tetapi tidak baik untuk seseorang (kesehatannya) atau sebaliknya.

"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah,
 jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." 6:118

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, 
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, 
karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." 2:168

Justeru itu, kami menyediakan makanan yang di tuntut seperti ayat al-quran di atas yang dapat memenuhi keinginan dan keperluan anda dalam meneruskan kehidupan yang lebih di berkati. 




 "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya." 5:4


Lembu, kambing dan ayam adalah antara makanan asas yang sentiasa melengkapi menu harian kita. Maka, kami menyediakan makanan asas yang segar lagi sihat dan berkhasiat yang di uruskan oleh mereka yang di iktiraf. Proses pengurusannya yang telah di jamin oleh JAKIM lebih memberi keyakinan untuk kami memasarkannya kepada anda agar sama-sama mendapat manfaat. 



"Dan haiwan ternak telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menhangatkan dan berbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan."16:5

Ayat Al-quran di atas turut menekankan bahawa ambillah manfaat dari hidupan yang ada di sekeliling kita. Sesungguhnya tidaklah Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Syukurilah segala nikmat yang di beri dengan mengambil faedah dari ciptaanNya. 

Kita adalah apa yang kita makan. Jika baik yang di makan, baiklah amalannya. Fikirlah sebelum bertindak. 

Berikut adalah antara produk yang baik lagi halal yang dapat kami sediakan untuk anda:

1) Ayam organik yang sudah siap di proses.
2) Daging kambing yang segar.
3) Lembu dan Kambing untuk ibadat Qurban dan Aqiqah.
4) Ayam, Lembu atau Kambing untuk majlis kenduri atau perayaan. 
5) Susu segar lembu dan kambing. 

Produk yang kami sediakan pasti dapat memenuhi kehendak anda. Mengapa perlu bersusah untuk mendapatkan yang senang.

Selamat melanggan! 

Kami sedia berkhidmat untuk anda! 












Thursday, May 23, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6

Tarikh: 
25 November 2012
 
Hari:
 AHAD

Tempat: 
SURAU AL-KAUTHAR,
 TAMAN BUKIT PASIR,
 BATU PAHAT.
 
Dirasmikan Oleh: 
PENOLONG PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 
WILAYAH BATU PAHAT