Monday, June 24, 2013

Ayuh Siap Sedia

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur lagi hari ini..
Tahukah anda??
Mari saya kongsikan bersama-sama, "sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa."


Kita telah pun berjaya melepasi bulan Rejab dan separuh bulan Syaaban, Mudah-mudahan kita berkesempatan bertemu bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari saja lg. 

Ayuh sahabat,kita mula berlumba membuat kebaikan, tiada yang rugi malah kita bakal peroleh manfaatnya jika tidak di dunia, pasti di akhirat.. tapi perlulah kita ingat, ikhlaskan diri dalam melakukan kebaikan pasti akan terasa manisnya beriman..

Didiklah nafsu kita mulai detik ini, agar dapat dikawal bila ramadhan menjelma nanti.. Hidup dalam kesederhanaan pasti beroleh kebahagiaan. 

Teringat pula saya akan lagu Snada,"jagalah Hati".. 
Bila dihayati liriknya, pasti boleh dijadikan panduan hidup kita seharian.

Setelah berjaya mendidik nafsu, berjinak lah pula dengan Ayat-Ayat Alquran dengan rajin membacanya dan hayati maknanya.

Seronok kan hidup dalam suasana Islam yang penuh Indah ini..
Akhir kata, jika nak berbuat kebaikan janganlah hanya untuk kepentingan sendiri shaja, jom bersama-sama mengajak orang sekeliling anda.. Usah difikir pandangan orang terhadap kita, fikirkan pandangan Allah terhadap kita. Namun begitu,jagalah hubungan kita dengan manusia,dan dengan Allah.






Tuesday, June 11, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim...

         Setelah sekian lama KOPEN menyepi, kini kembali bergiat aktif! yeah!!! Kembali kepada tujuan penubuhan koperasi ini, kami tanpa kenal erti putus asa tetap berjuang mempertahankan KOPEN ini demi kepentingan semua ahli dan anda sebagai pelanggan. Kini, terdapat pelbagai produk yang dapat kami boleh bekalkan untuk anda dan sedia membantu anda yang sedang tercari-cari di mana untuk mendapatkan produk buatan muslim. InsyaAllah, KOPEN ada apa yang anda perlukan.

          Lokasi kami yang terletak di bandar Batu Pahat bukan menjadi penghalang untuk menerima tempahan daripada anda yang berada diluar daerah Batu Pahat. Kami juga boleh memberi khidmat kepada pelanggan yang berada di luar kawasan Batu Pahat. (so, janganlah segan silu untuk mencuba, hehehe..) 

          Kami lebih mengutamakan produk yang berkaitan makanan hasil dari haiwan ternakan yang sekaligus sesuai dengan nama kami KOPERASI PENTERNAK MUSLIM BATU PAHAT BERHAD (nama ringkas KOPEN). Hasil usaha kami membangunkan KOPEN ini amat diharapkan agar membuahkan hasil yang baik. Kerjasama dari anda amat kami alu-alukan. Bersama kita memajukan perniagaan muslim disamping mengeratkan lagi silaturrahim dan menjaga hubungan sesama muslim.

Akhir kata, oppsss tiba-tiba saya teringat lagu Hijau dari Zainal Abidin... 
Jom layan,lalalalala~ ~ ~